6 Bahan bantu melambatkan penuaan
1- VITAMIN A ATAU RETINOL:
Vitamin A atau retinol dipercayai dapat membantu membina gentian kolagen dalam kulit sekaligus melakukan aktiviti pengelupasan secara lembut pada bahagian kulit yang dipercayai amat berkesan untuk melambatkan kehadiran garis-garis penuaan.
2- VITAMIN C
Vitamin C atau askorbik asid bertindak sebagai antioksida dan amat berkesan menyembuhkan luka kerana ia membantu menstabilkan jumlah kolagen dalam kulit. Jika digunakan selalu Vitamin C dapat mengurangkan garis halus penuaan, kedutan dan dapat mengurangkan kesan kulit yang terbakar akibat panahan matahari.
3- VITAMIN E
Vitamin E merupakan satu lagi antioksida yang mempunyai kemampuan untuk mengelakkan kemerahan atau radang kulit. Penggunaan Vitamin E berkesan untuk meningkat dan memperbaiki kadar kelembapan kulit, melembutkan dan melicinkan kulit.
4- ASID ALPHA HYDROXY (AHAS)
AHAs dicipta untuk melicinkan garis-garis halus, kedutan dan memperbaiki tekstur kulit serta tona warna kulit. Selain itu AHAs berupaya membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus memperbaiki tekstur kulit yang berminyak dan berjerawat serta memperbaiki kondisi kulit seperti sediakala.
5- EKSTRAK TEH HIJAU
Ekstrak teh hijau sering ditemui di dalam kandungan produk penjagaan kulit. Ia dirumus untuk mengurangkan bengkak, kedutan, garis halus dan liang pori-pori yang besar.
6- ASID GLIKOLIK
Asid glikolik amat aktif dan baik untuk penjagaan kulit. Ia berfungsi untuk membentuk semula kolagen bagi membantu memejal dan melicinkan kulit agar lebih muda. Ia turut mengurangkan kedutan pada permukaan wajah. Asid glukolik juga telah terbukti berkesan untuk merawat jerawat dan digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kosmetik.
sumber ; pp 3946/1/2005- majalah keluarga
Comments