Hadiah…
hadiah kalau ada orang bagi dah tentu buat hati gumbira..tak kira la kecik ke besar ker, murah atau mahal. Asal nama je hadiah memang kembang je hati menerimanya..
Itu hari aku ada buatkan beg untuk kak mazni masa last day dia.. alih-alih dia plak bagi aku small gift kat bawah ni.. sempena last day dia selama berpuluh tahun berkhidmat di kompeni ni.. tentu dia rasa sedih meninggalkan tempat kerja yang banyak memberi kenangan.
minggu ni seorang lagi officemate aku akan last day..terharu bila tiba-tiba dia bagi hadiah kat aku. huhuhu dia ni pun hampir 7 tahun berkhidmat di kompeni ni juga. Aku selalu le perli-perli dia sebab memang susah dia nak belanja orang. Tapi hari ni rasa macam tak percaya pulak bila dia bagi sesuatu yang memang aku dah lama nak beli tapi selalu je pending…
patut la Yong tanya aku tau ke tak jahit manik… bagi aku buku sulaman manik dan labuci rupanya.. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak. Berguna buku ni untuk aku walaupun setahun sekali jahit manik huhuhu
Comments
kiranya dia ikutlah apa hobi hang
best buat tambah koleksi mini library kat umah.
che:
dia tengok aku dok jahit pikachu tu kot. kakak dia yg suggest bg buku tu. Dia ambik kat kedai kakak dia hahahaha