ate… apa kena ko ni long..

emmm.. macam mana nak mulakan cerita yer…

nak kata sadis… mula-mula tu memang la sungguh tragis..

tapi bila lihat impact nya di cermin bilik air aku,

haruskah aku merasa kelakarnya..

kata orang malang tu tak berbau..

tapi malang aku kali ni memang berbau gas dan hangit…

 

nak kata apa yar..

kalau TTM masak tak menjadi, dia akan kata susuk dia jatuh.

kalau aku masak DAPUR MELETOP tu nak salahkan apa yer..

susuk dah hangusssss!!! lah…  huhuhuhu

 

Ingatkan aku dah mendapat kecederaan serius la semalam.

habis muka,tangan kiri kepedihan dan kemerah-merahan.

Tiba-tiba aje dapur aku meletup waktu aku sedang nak mengoreng

cekodok pisang. Bahang panas letupan kecil tu terkena di muka aku dan

sebahagian tangan kiri.

 

Mula-mula tu aku ingatkan cekodok aku yang meletop..

Terus teringat aku masa kat PUO dulu ani goreng  cucur bawang

masa nak jamu ayah kak milah. berterbangan abis cucur dia..

Tapi time tu tak de seketul pun cekodok dlm kuali. aku baru je nak

masukkan adunan dalam kuali utk gorengan kedua..

 

tu yang rasa macam pelik je.

apahal plak ni!… tetiba rasa  blank…

Tak boleh nak fikir sekejap ko.. PANIK!!! giler aku time tu…

 

aku terus berlari ke bilik air.

first nak kompem kan muka aku dah jadi apa…

penting tu..huhuhu wlupun tak selawa mana..haruslah aku tak nak ada

kecederaan yg buat muka aku lagi tak lawa kan..

sekali aku tengok cermin…………………………………………….

 

ASTAGRAFIRULLAH HAL AZIM!!!! mengucap panjang aku..

apa dah jadi da.. dengan rambut aku, bulu kening, bulu mata ,

segala-gala bulu yg ada di bahagian muka aku telah terhangussssssssss!!!

sila jgn gelakkan aku hokey!!! nak gelak kan jugak ker…

gelak la… tapi sila la gelak dlm penghayatan penuh keinsafan huhuhuhu…

 

Dalam keadaan melihat rambut aku yang telah terhangus menjadi abu

itu..sempat jugak le aku menalipon pak enchek dan che fid..

Terkejut jugak le derang bila tau dapur aku meletops!!

Tapi bila derang semua dah sampai rumah tengok condition aku..

Macam tak de perkara yg serius je berlaku setengah jam yang lalu..

bole senyum-senyum kehangitan menyambut kedatangan derang.

 

Terima kasih bebanyak kat Che fid and famili yang sudi menjenguk aku kat

rumah.. mujur lah semalam cuti dapat juga la menenangkan fikiran

sekejap… Hajat di hati semalam nak menyinggah rumah k.non nak ambik

barang.. kereta yang hantar pi servis aircond plak tak sempat siap

sebelum petang. terpaksa la tunda lagi..

 

emmm..mesti korang ada rasa nak tau apa yang menyebabkan dapur aku

meletup kan.. nak bagi tau jugak ker… rasanya tak payah revealed la kot..

Human mistaked yang pastinya..siapa yg empunya mistake tu..haaaaa..

yang itu yang kita tak tau… Tapi aku bersyukur sesangat pada ALLAH

S.W.T kerana aku tak mendapat apa2 kecederaan yang serius.. mujur

jugak la masa tu anak-anak aku tak menempel kat dapur..

Dua-dua tengah tido kat depan TV.

 

moral of the story:

…dalam tangis ada ketawa … tp dlm kes aku ni mcm ketawa jer yang

lebih rasa..rasanya lah…

nak-nak bila jari aku menyentuh kening yang dah berkurangan ukuranya di

situ  huhuhu

Comments

Adliff said…
Kesian kakakku yang seorang ni .
ImanAzyan said…
dik ko dah private kan blog ko ker?
invite le kakak ko nih...
Ustazah Rock said…
ya ampun! macam mana leh jadi gituuuu!aaaaaaa aaaaaaaa aaa

mujur takde papa yg siwiyus berlaku huhu. hadei. panic ok baca citer ni.

cer citer! cer citer!
ImanAzyan said…
cinta super;
huhuhu
kalau tong gas yg meletup, haruslah aku tiada lagi dibumi ALLAH ini...nasib baik yg meletup tu sebijik lighter yg kena sambar api kuali. misteri seh! kehadiran lighter tu..

Popular Posts