Logik sesangat kah!

Ceritera ni dah lama berlaku… dah basi la kira-kiranya klu aku nak masukkan jugak dlm entry aku hari ni. Disebabkan mood aku yang tak menentu hari ini. Di tambah dengan kelapangan yang tak agak-agak. Jari jemari aku ni terasa ringan je nak menaip huruf-huruf seterusnya.

Menunjukkan betapa aku ni belum bersedia untuk nak melupakan scene yang tak logik ni dari kotak ingatan aku.

soalan aku yang pertama kepada si `tut`

Apakah yang korang harapkan dari budak yang berumur 5 tahun

jika nak di bandingkan dengan

lelaki yang berumur pertengahan 30-an?

lelaki 30-an yang di nyatakan di sini bukan di kalangan yang tidak waras atau OKU.

 

Agaknya ni salah satu krisis pertengahan umur la kot…kan!

Bolehkah korang semua terima keadaan di mana 2 peringkat umur di atas hanya,

 

BEREBUT KEROPOK! 

huh! logik tak kalau situasinya seperti kat bawah ni!

 

Negeri: Gara-gara adik kepada budak berumur 5 tahun tidak habis makan keropok. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan 30-an telah sanggup berebut dan menjerkah malah dikatakan telah sanggup memukul punggung budak berkenaan.

Lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati hanya kerana budak yang berumur 5 tahun itu tidak memberikan baki keropok berkenaan.Walaupun telah diminta untuk beberapa kali.

Difahamkan keropok itu telah dibeli oleh bapa kepada budak berumur 5 tahun itu untuk kedua adik- beradik berkenaan. Situasi berebut keropok itu telah berlaku ketika ibu budak berkenaan sedang sibuk membasuh pinggan di dapur manakala bapa budak itu sedang membersihkan kereta di luar perkarangan rumah.

Suasana yang agak bising dengan jerkahan lelaki 30-an itu, telah menarik perhatian si ibu kepada budak itu, untuk datang memeriksa keadaan dan membawa anaknya ke tempat berasingan bagi mententeramkan perasaan budak itu.

Malangnya, si ayah yang tidak tahu hal sebenar telah cuba memarahi budak berumur 5 tahun dan seakan-akan menyebelahi lelaki 30-an itu. Dikatakan si ayah dengan lelaki 30-an itu mempunyai pertalian saudara.

Si ibu berpendapat perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya lelaki 30-an itu beralah kepada budak berumur 5 tahun berkenaan. Memandangkan lelaki 30-an itu yang berpendidikan dan berstatus tinggi sepatutnya berfikiran lebih matang dan bukan keanak-anakan. Peristiwa itu sedikit sebanyak telah menguris hati si ibu pada budak berkenaan.

Comments

Adliff said…
Kak Yan,

Mengapa macam tu sekali?

Situasi ini benarkah seperti yang saya bayangkan? (errr....)
ImanAzyan said…
kan..adik kan..

mengapa macam tu sekali...

tak terjangkau akal ku di kala itu...

Popular Posts