Sport Day Che Mat
Khamis lepas Sport day kat sekolah pra JAIS shah alam.
Malam sebelum sukan tur, ada le aku tanya dia acara apa yang dia masuk. Acara lari2 katanye.. dapat no lapan. aii!! aku kata sikit punye laju lari kalau aku kejor dia no lapan je yang dia dapat. Aku pun saja le bagi ayat semangat konon2 nye. lari le laju2 kalau menang nanti bole le dapat hadiah. Yer ke mama lari laju2 dapat nombor empat ye mama? aii!! no empat je yang ko taget yer nombor satu ke mana?
Sekali aku pegi sport day tu ada tiga rumah je yang lawan. nombor satu ke, nombor 2 ke hatta kalah dapat no last pun dapat hadiah gak. mati-mati aku ingat ada lapan orang sekali lari hehehe apa-apa aje lah aku ni.
Che mat di barisan rumah hijau.
huh! sempat beronggeng depan speaker pulak dia nyer.
acara pertama bawa bola dalam kon. kecoh! ahli pasukan che mat sorang dah hilang. Sekali cikgu announce acara kena tangguh kejap sebab peserta tengah sakit perut dalam toilet.Jenuh le cikgu menunggu di luar pintu.
berlari ke garisan penamat, menjerit cikgu dia kata jangan pegang bola pegang kon saja. Patut le laju je che mat lari… hehehehe
acara campuran 5 tahun dan 6 tahun lari pas baton. Cikgu pun ikut excited tengok anak murid berlari.
penyampaian hadiah
hip hip Hoooorayy!!
muka penat. Dapat 2 balang air menang acara bawa bola dalam kon dan lari kepit bola hehehe.
Comments