Matryoshka key case

 

Sebenarnya dah lama teringin nak tukar key case yang baru. Key case yang uzur kat bawah ni pun bukan beli pun free jer sebenornye. Dah sampai tahap proses pengelupasan dah. Buruk beno le pulak aku tengok. Nak beli yang baru rasa macam tak patut. saki baki kain felt tu macam ada lagi. Patut-patut kan le jahit yang mana patut kan. So, hari ni penggunaan perkataan PATUT le pulak..

 

Sebelum

Ni namanya alah menerima menang memakai. Pakai sampai lunyai.

PB040241

 

Selepas.

Matryoshka pattern mmg come2 kalu di gugel. terpulang le pada kreativiti dan stok kain yang ada untuk membuatnya. Sebab kali ni sangat kemalasan nye. aku jahit zig zag je keliling key case ni. kira hasil kerja tanan sampingan tatkala membakar kukis almond choco chip.

 

PB040244

Comments

Popular Posts