Oh! jambu susu

20130714_122041

Salam,

Jambu susu oh jambu susu,
kenapalah susah sangat nak makan ko ni.
Ni hasil rembetan kat rumah jiran di hari puasa yang ke-5 2013.
kan aku dah bagitau.
Bulan puasa mesti dia akan berbuah.

aku tak tau la kat tempat lain kan.
Tapi, Alhamdulilah setakat ni aku masih berpeluang makan jambu susu ni.
pasei apa, kat kampung aku ramai jugak la yang tanam pokok jambu susu ni.

ramai la yang call, sms, email.
dok tanya ada ka buah ni
ibu-ibu mengandung yang banyak tanya.
Disebabkan aku tak dok kat kampung.
susahlah aku nak dapat info terkini buah ni berbuah.
selalu mak aku bagi tau lambat.
so, melepaslah bagi orang yang bertanya.

kalau korang ada kenal orang kampung aku.Tak kira la siapa2 yang mai dari FELDA GUNUNG BESOUT SUNGKAI PERAK.
baiklah korang selalu keep in touch dengan derang ni.
pasei bila musim buah ni, kat pasar orang kampung aku kekadang akan jual.

Disebabkan buah ni cepat rosak.
susah aku nak tolong pass kat korang-korang yang bertanya.
kekadang aku pun dah naik pening.
yang mana satu dah dapat merasa yang mana satu belum.
dalam henpon penuh mesej nak jambu susu.
ntah yang mana satu pun aku dah tak ingat.
musim dia pulak sekali sekala.
aku pun main rambang je call.

minta ampun minta maaf lar no.
kalau ada yang tak terbalas sms ka tak dapat buah ka.
pasei aku bukan penjual buah ni.
kekadang tu hantar sms tak bagi tau nama.
bila aku call balik tak dapat.
henpon aku ni pulak bukannya selalu ada kredit huhuhu x dapat nak balas ontime or nak call banyak kali :P

kalau yang aku call tu.
harap mai la datang ambik kat s.alam.
tak dapatlah nak hantaq buah ni ke pintu rumah. Apatah lagi nak pos.
aku ni kerja keluar rumah tak nampak matahari.
balik rumah pun tak nampak matahari jugak.
keje pulak kilang jepun.
kalau sanggup mai ambik kat rumah aku ka area I-city ka. boleh la gagah dok tolong hantaq kat korang.

apa-apa pun jambu susu ni memang sedap hahaha. Jangan marah aaaaa!!!

oh ya! kalau masih mengharap buah ni boleh la kol aku 012-6177691 sms @ watapps. InsyALLAH. kut ada rezeki korang dapat la merasa.

Comments

Popular Posts