Zira wedding
10 Feb 2013
Selamat pengantin Baru pada adik perempuan aku Nazirah aka Mak lang.
Abah menunggu agak lama jugak ler nak merasa berkenduri kendara majlis kahwin ni.
Hampir 8 tahun tu.
Kira ni kenduri anak perempuan last.
majlis Alhamdulilah syukur berjalan dengan lancar.
Tetamu pun ramai yang datang.
Saudara mara pun ramai juga berkumpul.
babysitter Che Mat , Che Nah pun datang.
Tak terkecuali MIL, FIL sekeluarga.
Lauk pauk pun Alhamdulilah licin.
Terutama sayur masak kacang panjang +hati, Ayam panggang dan kuah belacan.
Feveret orang kampung aku ni kuah belacan.
Resepi kuah belacan tu, nanti kita cerita kemudian.
Ayam panggang abah order 140 ekor dari hutan melintang perak.
memang terbaik!.
Tema adik aku Pink purple.
Tapi tau aje la aku ni, belasah je kaler warna warni.
Lagi pun aku kerja belakang tabir tak yah nak melawa. Kang tak jadi kerja hahaha
Punya la kalut aku mengedar goodies bag bagai.
sampai aku tak bergambo dengan pengantin huhuhuhuu.
gift untuk di isi dalam goodies bag. Label buat sendiri hehehe. Tu pun gigih nak bagitau :)
ni budak berdua ni bergambar bersama mak lang lepas selesai majlis akad nikah.
ni gambar masa bersanding.
gigih nak bergambar kat pelamin. ntah siapa yang snap pun aku tak tau. sibuk di dapur. Che Nah ni pantang, asal nampak orang bergambo je kat pelamin dia pun datang menempel.
dapat kawan baru.
malam, acara yang ditunggu-tunggu iaitu buka hadiah. Ada pulak sorang pakai baju kuning bercekak pinggang. xcited terlebih nak tengok hadiah pengantin hahahaha. Masa ni Pak enchik tak de pergi membeli Char kuey tiow di simpang jalan ngan Che Nah. Che Mat awal-awal lagi dah terbuntang tido kepenatan bermain dengan kawan kampung.
Comments