Beli barang groupon
Pernah tak korang beli barang online.
macam mana yer servis diaorang.
macam zalora etc tur.
Ada tak problem?
aku ada gak baca blogger yang komplen pasal servis diaorang.
iklan tak se'GAH dengan realiti.
ni pulak pengalaman aku beli barang di groupon.
selama ni menjamu mata saja di situ.
subscribe pun sebab BIL & SIL rajin beli barang kat situ.
sesaja je la gatai-gataikan.
tiba-tiba aku telah terbekenan dengan satu barang kat bawah ni.
Dah lama dah cari mini threadmill nih.
yang best boleh dilipat-lipat tu.
kekonon nak men'yelim kan diri yang gumuks ni la.
sungguhlah telah terpengaruh dengan iklan dia.
ada la dulu nampak kat lelong.com
tapi hati tu berat nak call tanya.
Harga murah la RM250 tapi kena beli 2 unit la pulak.
gigih aku mewatsapp kengkawan seangkatan join Deal ngan aku.
aku pun tak berlengah dah.
call Pak enchik suruh abang dia tolong Dealkan.
Sebab BIL ni pernah beli dari groupon.
So far dia kata ok. tak ada problem.
Setelah deal di buat bla...bla...blaa.
tibalah stage seterusnya iaitu menunggu barang tiba..
lama betui menunggu. Nak dekat sebulan jugaklah.
delivery info pun memang dia kata tarikh sekian sekian.
Tiba waktunya...jeng..jeng..jeng..
fuh! lega...sib baik sampai seperti dijanjikan.
barang ok la sampai dalam tarikh yang tercatat.
akan TETAPI....
yang tak syoknya SKYNET punya budak penghantar tu
punya la tak berbudi bahasa.
Disebabkan aku beli 4 unit. So dia hantar 2 batch.
1st batch tu dah dapat pada hari khamis.
second batch tu Pak enchik kata kat budak tu hantar hari sabtu.
sekali hari jumaat, org skynet call pulak nak hantar ke rumah.
budak tu kata dia ada barang nak hantar area rumah aku.
lagi pun dia nak cepat sebab nak pergi sembahyang jumaat.
Pak enchik pun naik hot, dia kata' abis saya ni pun
nak kena pergi solat jumaat jugak.'
Rupanya dia tak dapat info dari budak sebelum tu.
Dia hot pak enchik pun hot hahaha
Ingat dah tak nak hantar dah.
Sabtu tu terpaksa jugak dia hantar ke rumah hahahah
Apa la diaorang ni dah kerja hantar barang.
Ko hantar aja lah. Kerja macam tak ikhlas la pulak.
tu sesama bangsa tu.
kalau bangsa lain aku tak tau lah layanan dia kan.
berbeza ke tak..
okay, ni yang actual condition. So far tak de masalah. Dah 2 minggu jugak la sampai. tapi lari cuma 3 kali seminggu je huhuuhu.
Che mat kata ni untuk budak-budak ker? sebab tapak kaki tu macam tapak kaki budak-budak. sudah! dia ingat alat mainan dia la pulak benda alah ni.
Comments