addicted to #kdrama.
Sejak bila aku layan kdrama nih? 10 years ago kut. Yang aku tahu aku bukan terjebak dengan kdrama kerana drama Boys over flowers. Zaman aku tu paling fofular citer Winter sonata dan Autumn in my hearts. Ada lagi my love patzzy. Siap beli kaset soundtrack lagi. Dulu tak macam sekarang download jer lagu-lagu tu siap boleh buat ringtone lagi.
Disebabkan winter sonata nye penangan Hazami nyanyi pulak theme song versi bahasa sonata musim salju. Sampai ada sorang tu kata aku peminat Hazami. Teman i know u little bit jeles di situ hahahaa. Whatever lah tapi itu kenangan terindah…wink*
Kdrama ni apa yang buat aku tertengok ialah jalan cerita, pelakon dan cinematic techniques dia yang cantik. Kenapalah Mdrama tak macam tu ekk. ooo..may be sebab kes stesen tv bayar murah. That why le mutu drama ala-ala jer kan.
Mostly cerita kdrama ni banyak diselitkan isu kekeluargaan. Reality show dia pulak memang kelakar habis ler. Paling syok layan running man, 2 days 1 night, Strong hearts, star king tak lupa juga invincible youth dan yang paling tak boleh blah to program counselor. berani betul dia orang hantar masalah lepas tu orang yang terlibat tu pun datang sama dalam rancangan tu. kalau aku memang malu giler. Ada satu story tu seorang isteri datang minta host nasihatkan si suami suruh berubah. suami dia suka dress up macam ala-ala kpop idol tak kira masa dan tempat. Sampai bini nak bersalin pun sempat dress macam nak buat concert. Tapi si suami tetap tak nak ubah stail dia buat si isteri betul-betul bengang hahaha kalau pak enchik cam gitu awal-awal lagi dah rejek ekekeke.
Penyanyi dan pelakon korea ni memang meletup le lawanya. Tapi aku nak kagum pun tak sampai hati pulak. Mostly ni derang buat plastik surgery memang takkan tahu yang mana betul2 cantik asli. Tur yang buat tak minat sangat dengan kekacakkan dan kecantikan pelakon derang tu. Tapi kalau menyanyi best dan berlakon mantap baru ler ada hati nak minat hehehe.
Group k-band yang best rasanya big bang, ft island, shinee tu pun sebab ada choi minho dan SS501 yang ada kim hyun joong. Yang kpop female tak dinafikan memang cantik-cantik belaka tapi banyak group yang terlalu feminin atau bak kata orang kita control cun gitu. Tapi kalau female band japan memang ganaz hahahah boleh main instrument bagai macam scandal band etc.
sekarang tengah layan pulak #kdrama innocent man, ohlalala couple, rooftop prince hehehe dan tengah tunggu member pak encik bagi sambungan cerita My husband got a family. drama ni hits kat korea. Tapi masa tu (nov 12) tak sempat follow. Suka dengan kim nam joo wife kepada Kim Seung-Woo (talk show win win).
korang belum terjebak ke dah terjebak ngan #kdrama hehehe?
Comments