Tak larat nak 5S dah…
Aktiviti hujung minggu yang tak abis-abis.
Kalau nak buat 5S mesti ada penambahan 6S semak dan sepah.
kali ni aku suruh Che Nah ngan Che Mat kemas segala-mala mainan diaorang dalam storage box kat bilik che mat.
Sekali kumpul mainan diaorang tu ada la dalam satu beg besar ikea tur. Terkezut mak. banyak betul mainan derang rupa-rupanya.
tur baru dua org anak kalau tambah sorang lagi berapa guni plak jadinya.
tapi kalau bab mengemas mainan ni Che Nah memang suka. suka membelek mainan-mainan lama yang Che mat punya dulu yang dia tak perasan kewujudannya. lepas tu mula la main je yang lebih dari asing2kan mainan yang elok dari yang rosak.
Kejap je aktiviti sebab masing2 leka main.Che nah tu lagi la haru lepas mainan dah separuh asing. Dia pulak masuk dalam beg plastik biru tu main dalam tu. mungkin dia pikir karang kalau keluarkan mainan tu kena marah ngan aku. sudahnya main le dia dlm tu. ni ada lagi separuh beg tu tak berkemas tersadai kat bilik Che Mat.
Dalam shopping beg kaler kuning tu pun ada lagi huhuhu. kalau jual kat bai besi buruk ni berapa sen je ler yang dapat nye.
Comments