Tak sangka..
Terkejut aku bila Che Mat kata dia dapat medal. Medal apa plak awal-awal tahun ni kan. nak kata sukan, belum lagi.
Sebenarnya dah lama dia dapat tapi lupa nak suruh aku simpan ngan piala-piala bapak dia.
Dia kata dia menang peraduan mewarna kat sekolah. Aku pun tak sure la pertandingan mewarna sempena apa.
Siap nak tunjuk kat ibu yang jaga dia ngan abang-abang kat sana. Happy sungguh!
Aku surprised gak. Memang ada niat nak hantar dia kelas drawing, sebab memang dia suka melukis. So far aku dah sediakan dia sketch book untuk dia melukis bila-bila masa dan kat mana-mana sahaja. Klu dia ok aku on je subscribe kelas drawing tu..
at least nampak jugak le interest dia. Pernah gak tanya dia nak masuk silat or teakwando atau main muzik. Dua-dua tu dia kata tak minat. Yang silat tu dia takut. yang main alat musik tu pulak dia kata tangan dia kecik tak sampai katanya. hahahahahha
apa-apa je lah..Aku tak nak le paksa dia belajar benda-benda sampingan ni. kang stress pulak.
Susah kalau tak ada minat, buat kerana terpaksa ikut interest mak pak takut anak nnt jd tension dan tak happy.
apa pun tahniah buat anak mama.
bak kata tag line Che Nah " Hebat khennnnnn"
Comments