Puding Roti jagung.
Sejak makan puding roti mak mertua kita buat masa hari raya haji itu hari. Hari-hari kut pasang niat nak buat puding roti hahahaha. Tapi tak sempat nak minta resepi dari dia. main ingat-ingat gitu jer.
So, apa lagi cam biasa guna pakcik gugel menerawang blog2 kaki masak. Sekali mata terpaku kat rumah kak Azita. Gambar masakan dia mabeles macam dalam majalah gitu. itu pun tau lepas singgah di rumah cik Mat gebu.
Tak tunggu lama la terus cari resepi puding roti kak Azita. tengok gambar pun dah terliur kan. Tapi memang best belog kak Azita ni.
huhuhu tapi kita telah menderhaka dengan resepi puding roti dia..biasa la bahan2 tak cukup kat dapur rumah kita. Orang rajin sangat-sangat ke dapur macam tu ler Bila dah naik syeikh nak masak tu memang tak dpt le nak menolongnye. Guna je bahan-bahan terjun yang ada.
kalau nak resepi mabeles mcm kak Azita buat pergi le melawat kat sini. Tapi kalau nak cuba resepi derhaka aku.. sila tengok di bawah hahaha..
BAHAN-BAHAN
satu buku roti gardenia yang bungkusan pendek.
5-6 sudu besar gula pasir ( ikut suka si tukang masak tambah ikut suka hati)
2 sudu besar butter.
2 sudu kecil esen vanila
1 tin jagung manis
1 kotak kecik santan ( guna santan kotak jenama kara je)
sedikit garam.
cara-cara
roti di carik2 dan masukkan satu persatu bahan2 di atas dan gaul sebati semuanya.
senangkan...
lepas tu griskan loyang dan bakar.
Kita guna jagung dalam tin sebab tak suka makan buah kismis dan kita pun tak masukkan telur. sebab tak suka.
tapi rasa tetap mabeles.
disebabkan terlalu rajin sos kastard kita tak buat. memandangkan mata dah nak layu. Teringin nak masak-masak bila dah pukul 9 malam. nak tunggu siap bakar lagi kan.. memang tertido-tido la.
Buat dak Zizie yang berada di perantauan tu sila la cuba ni untuk party makan-makan kamu hehehehe. eh! hostel kat nihon tu ada oven ke?
Comments