Tak laku…laku…
Baru balik dari production floor. on the way nak balik ofis bertembung dengan perempuan yang lagak macam lelaki. pengkid le kut. Aku terpandangkan dia, dia pandang aku balik. aku pun buat-buat tengok tempat lain. tapi dia still tengok aku lagi sampai la kitaorang hilang dari pandangan masing-masing. Sempat lagi dalam hati aku berkata 'cantik budak ni kulit putih, mulus dan yang bestnye tak de jerawat sebutir pun kat muka dia. ni mesti meletops punya kalau dia dressing macam perempuan jati.
erkkk! tiba-tiba aku ter'recall kenangan aku bersama Is. Ntah! tak ingat aku nama penuh perempuan dia apa. Tak pernah nak tengok pas nama dia pun. Body dia totally dah nak macam lelaki muka je agak jambu. Ada awek plak tu. dua-dua minah ni buat kerja kat line aku.
Memang Is ni baik, peramah dan agak menarik sebagai seorang pengkid. Gulp! tiba2 roomate aku buka mulut dia kata is minat seseorang tapi tak sure orang tu suka kat dia ke tak. So,Ecah roomate aku ni konon2 nak jadi penasihat tak bertauliah tu,suruh Is berterus terang saja. Iyer la, Ecah ingat orang yang dia suka tu lelaki.
Sekali!
aku:Ecah ko nak tau tak siapa orang yang dia suka tu.
Ecah: siapa?
aku: AKU.
Ecah:huh! bior betik...lar hahahaha (ketawa tak hingat!)
aku: Ko tak perasan ke hari-hari dia call sehari ntah berapa kali cakap sayang la rindu la bla..bla... Ayat dia kalau ko dengor naik meremang segala bulu yang ada. giler!
Ecah: patutla dia tanya macam-macam kat orang pasal k.yan
Macam-macam aku buat untuk elakkan dari terjebak dengan Is. seram okay! tak munasabah lansung. sia-sia jer aku kena chop tak laku. Iyer la dah tak ada ke lelaki-lelaki yang nak kat aku sampai pengkid lak yang datang huhuhu
Tu bukan yang pertama kali, masa lepas spm dulu pun ada jugak pengkid yang nak cuba dekat. huhuhu aku ni ada ciri-ciri pencinta wanita ker?.... yang pasti sekarang ni aku dah laku hehehe
Comments
ini link utk menang make up. kalo rajin LIKE & comment le..
http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/aku-mahu-menjadi-ratu.html