Bulan

Di waktu malam aku paling suka kalau dapat tengok bulan. Bulan yang mengambang penuh dan langit yang bersih dari kelompok awan, sangat indah. Terasa damai di hati aku bagai sang pungguk rindukan bulan. Sampai anak-anak pun tau asal nampak bulan je mesti panggil mama dia.

P6151265 Malam ni bulan nampak  sangat cantik walaupun ada awan nipis menyelubunginya. Tapi tidaklah  seterang dalam gambar ni. Camera murah aku ni tak dapat nak merakamkan keindahan ciptaan Allah S.W.T sebagaimana kejadian asalnya.

P6151269Ikutkan waktu ni bulan semakin samar-samar di balik awan. Walaupun aku guna night shot panorama. Masih tak boleh capture gambar bulan yang agak malap itu.

P6151270Imej dari hasil tangan yang menggeletar. Macam bulan sudah lari pulak.

P6151272

Gambar apartment diwaktu malam dari hadapan rumah aku.

P6151266 sangat kabur!!

P6151267

Bangunan berkembar Kejuruteraan Elektrik UITM Shah Alam di waktu malam.

Oh! ya Pagi ni ada FENOMENA GERHANA BULAN

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada pukul 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 4.13 pagi. Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu tersebut kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

sumber : metro

untuk solat sunat gerhana bulan boleh lihat di sini

Comments

leeya abdul said…
Awak semua ni kenapa cite bulan jugak. oo bulan!

Popular Posts