Bags D.I.Y
Dua minggu lepas berjaya jugak menjalankan aktiviti jahit-menjahit. Dah lama tak sentuh mesin jahit sejak awal tahun hari tur.Bila dah M ni tak bole nak citer lah. kali ni siap buat target. Mesti pegang mesin jahit sekali dalam 2 hari. kira ni polisi menjahit untuk mid term aku la hehehehe dah mcm ala-ala ISO nyer konsep plak nih! Punye lah nak dapat kan balik mood menjahit sebelum ramadhan thn 2010. Cam desperado sungguh.Tahun ni plan nak menjahit langsir rumah lah baju kurung hannah lah, skirt, bag bla..bla..bla.. byk tu impian dan angan2 mak. Jangan tak de continuous plan sudah. Hangat2 tahi chicken jer yek..
beberapa hasil yg tak seberapa dari mesin apple ku..
masih available tak tau nak bagi kat siapa..
buat double line ala-ala Adidos stripe. kaler brown spesel untuk my officemate. kesian nengok dia dok usung beg plastic tu utk isi telekung. so, jahitkan le untuk dia yg elergik dengan pink kaler nih!
ni plak handbag kecik untuk Si Hannah untuk isi barang2 personal dia. Bole jugak guna untuk letak duit monopoli yg selalu dia buat main shoping-shoping ngan Che Mat. Yang syok tu klu main shoping2. Barang nak duit tak mo kasik.. Marah betul Che Mat rugi..rugi..rugii…katanya.
Ni aku jahit untuk diri aku sendiri hehehehe
dan satu lagi for my others officemate. Duo pinky bag for pinkie mama auuuwww!
Comments