kelmarin

Kelmarin ketika  berada di pasaraya berdekatan,di bahagian Non Halal. Mata tertancap pada kelibat dua orang manusia yang berkulit sawo matang. Berbahasa melayu dengan baik malah paras rupanya juga sangat kemelayuan.

Kekepohan aku yg didorong rasa ingin tahu, tetinjau-tinjau melihat aksi dua orang pemuda di kaunter pembayaran. Lalu terkeluarlah ayat-ayat jakun ku kepada sang suami.. "eh! bang cuba tengok tu, org melayu kita beli ar@k lar, secara terang-terangan diaorang beli yer?" sang suami tidak sedikit pun terperanjat dengan pertanyaan si isteri, malah riak muka nya juga tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Ayat positif pertama yg diucapkan oleh sang suami " mungkin diaorang tu orang sabahan kot, bukan seagama dengan kita"  " iyer ke bang, tak macam orang sabahan pun"  " keadaan sekarang bukan macam dulu lagi yang, bersepah orang melayu yg berugama islam beli atau minum ar@k secara terang-terangan. Tambahan lagi duduk di bandar-bandar. Dah semacam trend sekarang ni. Dulu iyer la semua masih kuat dengan pegangan ugama, memang payah nak nampak orang melayu islam kita beli ar@k. serupa jugak sekarang ni di mana-mana sahaja dengan senang boleh nampak perempuan yang merokok" panjang lebar si sang suami berkata-kata.

"iyelah kan.. dah tidak ada segan silu nya lagi" jawab si isteri yang masih berfikiran agak konservatif.
"harap-haraplah anak kita tidak begitu jadi nya" doa si isteri untuk anak-anak kesayangan di troli yg masih kecil.

Comments

Fid said…
cindian kottt
Adliff said…
Salam,

Kak,

Melayu sekarang memang dah layu dalam menempuh godaan dunia. Entahlah, kalau hendak dipersalahkan maka pemerintahlah yang utama kerana negara kita masih sekular dasar dan sistem pendidikan serta lain-lain sistem hidup. Jadi remaja kini ibu bapa mereka juga telah berada di alam sekular, maka sukarlah untuk mengekang budaya hedonisme ini kerana akar budi dan amalnya sudah reput.
ImanAzyan said…
mungkin jugak lah che, cindian mmg mirip muka melayu
ImanAzyan said…
wsalam,
mus mmg org kita mudah terpengaruh dgn cara kehidupan dr barat yg kononnya moden dan open minded. Malah beranggapan kebebasan adalah hak mutlak setiap individu tanpa meletakkan sempadan tiap2 satu perkara itu ada batasannya dlm agama.

Popular Posts